Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jabatan Peguam Negara Iran dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin lalu mengeluarkan amaran tentang kekacauan yang bakal dicetuskan kumpulan Yamani Palsu di Iran dan Iraq.
Kumpulan yang mempunyai pengikut seramai 500 orang di Basrah tersebut mendakwa ketua mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan Imam Mahdi.
Pengerusi Jabatan Peguam, Hujjatul Islam Ibrahim Ra'isi menjelaskan pihak kawan dan lawan masing-masing mengakui wujudnya kesan spiritual dalam kehidupan masyarakat Islam. Kata beliau, "Di antara kumpulan-kumpulan yang bertaqlid hari ini, tingkat keimanan yang tinggi bagi rujukan isu politik, sosial dan kesejahteraan masyarakat terletak pada pengaruh spiritual. Kerana itu semua musuh Iran melancarkan konspirasi dengan cara spiritual."
Tambah beliau lagi, "Kerohanian tidak hanya mendorong masyarakat ke arah kebaikan dan kesucian, bahkan membimbing pemikiran mereka. Kerohanian mengajak masyarakat ke arah kesucian."
"Hari ini, kerohanian sudah sampai ke peringkat menyeret pihak musuh ke dalam banyak arena dan tahap. Musuh hari ini terpaksa melakukan konspirasi dalam format spiritual. Sekiranya kita membayangkan bahawa musuh tidak melakukannya, maka kita tersilap," tutur beliau.
Kumpulan Yamani palsu yang dipercayai sebahagian dari konspirasi Israel - Wahabi kini bergiat aktif di beberapa negara Timur Tengah termasuk Malaysia. Antara agenda yang giat diusahakan kumpualan ini ialah memisahkan umat Islam dari marja' taqlid masing-masing.